Sistem pengajaran & pembelajaran adalah mengikut sukatan silibus yang sedia ada.
Namun, pelaksanaan sesi belajar adalah disokong dengan ilmu-ilmu daripada al-Quran itu sendiri.
Sebagai contoh, dalam
Surah al-Anbiya', ayat 30, firman Allah yang bermaksud :
"Apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya sesuatu yang padu kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup."
Demikian juga dalam surah an-Nur, ayat 45, yang bermaksud:
"Allah menciptakan kesemua jenis haiwan daripada air."
Al-Furqan, ayat 54 pula bermaksud:
" Dan Dia menciptakan manusia daripada air."
Ayat-ayat Allah ini memberitahu bahawa kejadian kehidupan adalah daripada air (iaitu air mani), dan secara dasarnya dari tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan manusia, kesemuanya memerlukan air sebagai asas kemandirian hidup. Air juga sebagai medium kepada proses-proses tubuh badan seperti metabolisme.
Maka dengan mengetahui daripada al-Quran keistimewaan air, sebagai seseorang yang dikurniakan ilmu, kita bertanggungjawab untuk mengkaji sifat-sifat air, komposisi air, dan segala proses-proses yang berkaitan dengan air seperti penyejatan dan sebagainya.
Dan Maha Suci Allah, segalanya akan dipelajari dengan lebih terperinci dalam subjek Sains Tingkatan 2, di bawah tajuk 'Water & Solution'.
Dengan mengetahui lebih banyak perkaitan antara al-Quran dengan ilmu-ilmu sains, kita bukan sahaja mampu untuk lulus dalam peperiksaan, bahkan anak-anak juga akan lebih dekat dengan Allah, insyaAllah.
Dengan rahmatNya, belajar sains kini lebih menarik dan penuh hikmah!

No comments:
Post a Comment